Wednesday 24 April 2013

ARAS TAXONOMY

Taxonomy
-Benjamin Bloom ( 1956 ) telah menulis dalam bukunya Taxonomy of Education Objectives:Handbook I:Cognitive Domain bahawa terdapat 6 aras kognitif yang disusun daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi 
-Dalam Taksonomi Bloom,terdapat domain kognitif yang mempunyai 6 aras iaitu pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan analisis. 
-Taksonomi Bloom amat penting kepada sistem pembelajaran dan pengajaran kerana ia menerapkan pemahaman,pengetahuan,konsep,kaedah,aplikasi dan sebagainya.



Aras Pengetahuan
-Aras pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi.
Aras Pemahaman
-Objektif aras ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait dengan kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.
Aras Aplikasi
-Pada peringkat ini,pelajar perlu memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.
Aras Analisis
-Peringkat analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan.
Aras Sintesis
-Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku.
Aras Penilaian
-Dalam aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.


Tuesday 23 April 2013

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Definisi Pembelajaran Konstruktivisme
-Konstruktivisme merupakan satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
-Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar sendiri dalam konteks sosial melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan dengan idea yang sedia ada, dan kesedaran atas apa yang telah dipelajari.

Konsep Pembelajaran Konstruktivisme
-Setiap manusia mempunyai konsep seninya sendiri . Berdasarkan pengetahuan sedia ada, pelajar  terus membina pemahaman sendiri terhadap alam sekitar. Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan idea sedia ada. Pengstrukturan  semula idea dapat ditingkatkan semula melalui strategi berfikir dan refleksi yang dirangsang oleh pengalaman. Pendekatan Kontruktivisme menjadikan pembelajaran Seni Visual 
bermakna dan menyeronokkan.

Ciri-ciri Pemebelajaran Konstruktivisme
a)Menggalakkan proses inkuiri murid
b)Menggalakkan murid bersoal jawab
c)Memberi peluang kepada murid membina pengetahuan baru
d)Pembelajaran secara koperatif



Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme 

Secara ringkasnya,konstruktivisme mengaplikasikan 5 prinsip yang utama,iaitu:
a)Melibat
b)Meneroka
c)Menjelas
d)Mengembang

e)Menilai

*Melibat
-Guru menyoal dan merangsangkan minat dan rasa ingin tahu murid.Secara tidak langsung,murid-murid melibatkan diri.
*Meneroka
-Guru mencungkil,murid diminta untuk mengumpulkan maklumat dan meneroka.
*Menjelas
-Murid diminta untuk memberikan penjelasan,justifikasi dan mempersoalkan jawapan kepada guru.
*Mengembang
-Murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep
*Menilai
-Guru mentafsir pemahaman murid,murid menunjukkan pemahaman konsep.

Model Pengajaran Konstruktivisme














TEORI PEMBELAJARAN MASTERI


Definisi Pembelajaran Masteri
-Menurut Bloom (1968)Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

-Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran s ecara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Master suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Konsep Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama


Model Pembelajaran Masteri


Penentuan Hasil Pembelajaran
-Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan untuk mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid dan memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. 

Pengajaran dan Pembelajaran
-Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru mesti mengambil kira perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada dan juga masa yang diperuntukkan untuk mengajar.

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan berpusatkan  guru menggunakan kaedah penerangan, penjelasan, bercerita, huraian, memberi nota, syarahan dan demonstrasi. Pendekatan berpusatkan murid pula boleh menggunakan kaedah  bercerita, bacaan, latih tubi, pembelajaran akses kendiri, inkuiri penemuan, soal jawab, main peranan, demonstrasi, penyelesaian masalah, sumbang saran, projek, pembelajaran koperatif dan amali.

Penilaian
-Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. 
-Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.

Tindakan Susulan
-Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Tindakan susulan ini bertujuan untuk memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Seterusnya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).

Aktiviti Pemulihan
-Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. 
-Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan adalah mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain, membetulkan perlakuan yang salah, mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula, menggunakan bahan visual, mempermudah dan mempelbagaikan latihan, menjalankan latih tubi, menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh, membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda dan melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan
-Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid, menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan
kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran. Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

Aktiviti Pengukuhan
-Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta
organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi, melatih murid mengenal pasti idea utama dan mengakses maklumat dari laman web.

Aktiviti Pengembangan
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah membuat projek, membuat tugasan dan membuat kajian.


Strategi Pembelajaran Masteri
a)Clarify 
Menjelaskan kepada pelajar apa yang mereka jangkakan untuk belajar.

b)Inform
-Mengajar pelajaran, bergantung kepada arahan keseluruhan

c)Pretest
-Memberi kuiz formatif terhadap asas tiada kesalahan, -pelajar boleh memeriksa kuiz mereka sendiri.

d)Group 
-Berdasarkan keputusan, bahagikan kepada kumpulan masteri dan kumpulan tidak masteri (80% boleh dianggap masteri).

e)Enrich and correct 
-Beri pengayaan pengajaran kepada kumpulan masteri dan pemulihan kepada kumpulan yang tidak masteri.

f)Monitor 
-Pantau pergerakan pembelajaran pelajar; ubah masa guru dan beri sokongan untuk setiap kumpulan berdasarkan saiz dan juga persembahan.

g)Posttest 
-Beri kuiz summative kepada kumpulan yang tidak masteri.

h)Assess performance 
-Sekurang-kurangnya 75% pelajar mencapai masteri dengan ujian sumatif.

i)Reteach 
-Jika tidak, ulang proses bermula dengan pengayaan
dan pemulihan pengajaran (belajar dalam kumpulan kecil,  utorial bersendirian, bahan pengajaran alternatif, kerja  rumah tambahan, membaca banyak bahan, praktikal dan latih tubi)


Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Masteri

-Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.


-Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.

-Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SENI VISUAL TAHUN 4


                Rancangan Pengajaran Harian  
                      Pendidikan Seni Visual
                                                     
Tahun: 4 Anggerik
Tarikh: 19 April 2013
Bilangan Murid: 20 orang
Masa Interaksi Kelas: 8.30-9.30 pagi
Bidang Kegiatan: Membuat corak dan rekaan
Tajuk: Kad Hari Ibu
Masa: 1 Jam
Objektif:
(i)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu melatih diri supaya memahirkan diri dengan kegiatan membuat corak dan rekaan  supaya lebih kemas dan menarik.
(ii)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu memahami dan menghasilkan karya yang baik berdasarkan teknik geometri.
Penerapan Nilai:Kesabaran,tekun,kebersihan,kekemasan dan kekreatifan.
Pengetahuan Sedia Ada:
(i)Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis kad.
(ii)Kemahiran melukis,melipat dan menggunting.
(iii)Murid-murid mempunyai pengetahuan asas mengenai pembuatan kad.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
(i)Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK)
(ii)Interpersonal dan Intrapersonal(TPK)
Kemahiran:
(i)Melukis
(ii)Menggunting
(iii)Melipat
Keperluan Bahan: Kertas lukisan,kertas warna,gam,gunting dan pensel 
                                
Bantuan Alat Mengajar: Papan putih,marker dan contoh hasil kerja guru
Hasil Pembelajaran:
(i)Murid dapat mengenali teknik gometrik bagi menghasilkan kad.
(ii)Memahami cara-cara untuk membuat corak dan rekaan pada kad  dengan menggunakan teknik geometri,lipatan dan guntingan.
(iii)Murid-murid mampu untuk menghasikan corak dan rekaan kad dengan menggunakan teknik geometri.
Pelaksanaan
Langkah P&P
Hasil Pembelajaran
Strategi Pengajaran
Set Induksi(5 min)
a)Guru memulakan sesi pembelajaran dengan menyanyikan lagu Ibu Kaulah Ratu Hatiku.

b)Guru menerangkan bentuk-bentuk geometri yang terdapat pada kad.



a)Murid  dapat menyanyi mengikut nyanyian guru.

b)Murid juga mampu dalam mengenalpasti bentuk-bentuk geometri.




-Muzik

-Melihat secara aktif


Aktiviti 1 (10 min)
a)Guru menerangkan mengenai aktiviti yang akan dilakukan oleh murid-murid  iaitu membuat corak dan rekaan kad dengan menggunakan teknik geometri serta menunjukkan hasil karya yang telah siap.

b)Guru menerangkan alat dan bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti tersebut.
Langkah 1
a)Murid dapat menerangkan mengenai aktiviti membuat corak dan rekaan kad dengan menggunakan teknik geometri.

b)Murid mampu untuk menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan.

-Interpersonal

-Menghubungkait

-Berbincang dan menyoal

Aktiviti 2 (15min)
a)Guru menunjukkan demonstrasi untuk menghasilkan kad  dengan menggunakan teknik geometri.

b) Murid-murid diminta menghasilkan kad hari ibu berdasarkan corak dan rekaan tersendiri.

c)Guru meminta murid untuk melipat dan menggunting kertas lukisan dan kertas warna yang telah dilukis dengan pelbagai bentuk geometri.

d) Guru meninjau proses menggunting kertas warna dan kertas lukisan oleh murid dan memberikan penekanan terhadap aspek keselamatan.
Langkah 2
a)Murid mampu untuk menceritakan langkah-langkah bagi menghasilkan kad dengan menggunakan teknik geometri yang betul.

b)Murid mampu menghasilkan karya yang lebih kemas.

-Kecerdasan ruang

-Pemerhatian yang aktif


Aktiviti 3 (15min)
a)Guru membimbing murid-murid di dalam proses menyiapkan kad hari ibu dengan menggunakan teknik geometri.

b)Murid-murid menampal kertas warna yang mempunyai bentuk geometri di atas kad.

c)Guru meminta murid untuk memperkemas kad supaya kelihatan kemas dan menarik.

d)Guru memberikan markah berdasarkan kad hari ibu yang telah dihasilkan oleh murid-murid.
Langkah 3
a)Murid telah mampu untuk menghasilkan kad hari ibu dengan menggunakan  teknik geometri.

b)Murid dapat menjalankan aktiviti dengan lancar di bawah penyeliaan guru.

-Mendengar secara aktif

-Pemerhatian secara aktif

-Interpersonal

-Intrapersonal


Sesi apresiasi dan refleksi(10min)
a)Murid-murid diminta untuk mempamerkan hasil karya masing-masing.

b)Sesi apresiasi dan refleksi hasil karya murid yang dihasilkan:
-Baik
-Sederhana
-Kurang mencapai tahap

a)Murid-murid berasa gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja masing-masing.


b)Murid-murid mampu untuk menilai tahap keupayaan diri dan rakan-rakan.

c)Murid-murid diberi peluang memberikan pendapat mengenai hasil kerja masing-masing.
TKP:
-Interpersonal
-Intrapersonal
Penutup(5min)
a)Guru melaksanakan sesi penutup dengan memberi penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri murid-murid.

b)Guru memberikan motivasi kepada murid-murid untuk menjadikan karya yang dihasilkan sebagai batu loncatan untuk masa depan kelak.

a)Murid-murid mendapat pengajaran mengenai nilai-nilai murni yang perlu diterapkan di dalam kehidupan.

b)Guru menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

Sosialis