Thursday 28 March 2013

Refleksi Minggu ke-5 dan ke-6(20 Mac 2013,27 Mac 2013)

Pada minggu lima,kuliah Pendidikan dan Pengajaran Seni telah dikendalikan oleh Dr.Zuraidah.Beliau telah membincangkan topik berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Terdapat beberapa perkara penting yang ditegaskan dalam kuliah beliau.Antaranya ialah mengenai cabang-cabang falsafah pendidikan iaitu metafizik,epistemologi,aksiologi dan logik.Setiap cabang tersebut mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang menjadi asas pembentukan sistem pendidikan di Malaysia.Sementelahan itu,saya juga turut didedahkan dengan serba sedikit berkaitan pendekatan kurikulum iaitu behavioral learning,cognitive development learning dan humanistic learning.Secara kesimpulannya,saya telah mengetahui serba sedikit berkaitan falsafah pendidikan.Oleh yang demikian,saya akan berusaha lebih aktif untuk berinteraksi dengan pensyarah sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.


Minggu ke-enam,Dr.Zuraidah telah menghuraikan secara terperinci berkaitan dengan pendekatan kurikulum dalam pendidikan.Secara ringkasnya,behavioral learning adalah merujuk kepada kaedah pembelajaran yang memerlukan pemerhatian dan melakukannya.Kaedah ini perlu disertai dengan peneguran agar pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan maklumat dengan baik dan cognitive development learning pula adalah berkaitan dengan proses pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah,menganalisis,memahami dan membentuk pengetahuan manakala humanistic learning pula lebih menekankan kepada aspek-aspek kemanusiaan degan menerapkan nilai-nilai positif.Selain itu,Dr.Zuraidah juga turut menjelaskan objektif kurikulum seni visual.Antara objektifnya ialah:

  1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
  2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,kritis,kreatif dan menyeronokkan.
  3. Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera.
  4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
  5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
  6. Membiasakan dirimembuat rekaan seni dengan teratut,cermat dan selamat.
  7. Memupuk nilai-nilai kerjasama,yakin diri,didiplin dan bertanggungjawab.
  8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya.
  9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
  10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenganggan yang berfaedah.
Bidang dalam Pendidikan Seni Visual
  • Kandungan sukatan Pelajaran Pendidikan  Seni Visual sekolah rendah disusun dalam 4 bidang kegiatan iaitu:
  1. mengambar
  2. membuat corak dan rekaan
  3. membentuk dan membuat binaan
  4. mengenal kraf tradisional
Saya juga telah didedahkan dengan Model Kurikulum Pengajaran Tyler dan Model Pengajaran Bloom.

Pendidikan Seni Visual dapat Melahirkan Pelajar-pelajar yang Holistik dari segi JERIS

Pendidikan Seni Visual ternyata mampu dalam melahirkan pelajar-pelajar yang holistik dari aspek JERIS(jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial).Hal ini disebabkan oleh aktiviti seni dalam pendidikan yang dilakukan oleh guru-guru dikaitkan dengan keupayaan fizikal dan mental pelajar-pelajar untuk melakukan proses kognatif seperti melukis,menjana idea dan sebagainya.Ini memerlukan pelajar-pelajar kreatif dan berfikir secara kritis dalam memikirkan idea untuk menghasilkan sesuatu.Kebiasaannya ini akan merangsang minda pelajar-pelajar untuk berfikir menggunakan otak kanan ataupun kiri.Oleh tu,rangsangan sebegini seringkali dikaitkan dengan aspek intelek.Selain itu,Pendidikan Seni Visual juga turut mencetuskan perasaan dalam diri pelajar.Hal ini menunjukkan bahawa mereke berkemampuan dalam mengekspresikan idea mereka dan mempamerkan sesuatu emosi..Sebagai misalnya,lukisan keluarga.Ini membuktikan bahawa mereka gembira dan seronok hidup bersama-sama keluarga tercinta yang terdiri daripada ibu,ayah,adik-beradik termasuklah dirinya.Tambahan pula,guru-guru turut mementingkan aspek jasmani pelajar-pelajar.Ini bertujuan untuk melahirkan tubuh badan yang sihat sekaligus membantu mereka untuk berfikir secara kreatif.Guru-guru dalam pendidikan seni juga turut menerapkan aspek kerohanian dalam diri pelajar-pelajar.Hal ini merupakan salah satu daripada motif pembelajaran iaitu menghargai ciptaan Tuhan.Oleh itu,hasil seni yang dilakukan haruslah bersifat mesra alam.Secara tidak langsung,pelajar-pelajar akan berasa bersyukur dengan ciptaan Tuhan di muka bumi ini.Salah satu aspek JERIS ialah sosial.Hal ini bermakna,melalui pendidikan seni ini juga,pelajar-pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain.Ini akan mengelakkan mereka dalam hidup dalam dunia mereka sahaja tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.Impaknya hal sebigi akan mewujudkan hubungan sosial antara pelajar dan guru serta membentuk sistem pembelajaran yang aman dan harmoni.Secara tuntasnya,pendidikan seni visual amat penting kerana membantu pelajar memahami diri sendiri,pelajar akan menikmati nikmat keseronokan dalam pembelajaran,membantu perkembangan insaniah secara holistik dan sebagainya.

Ciri-ciri Guru yang Berkesan

Terdapat beberapa ciri-ciri guru yang berkesan berdasarkan Dato-Dr.Abdul Shukor Abdullah.Antaranya ialah:
  1. Bersikap profesional.
  2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  3. Kaya ilmu pengetahuan.
  4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila.
  5. Bermoral teguh.
  6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  7. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan pelajar.
  8. Menampilkan watak terpuji,berimej,berperibadi mulia dan berwawasan.
  9. Prihatin dengan kehendak pelajar dan ibu bapa.
  10. Beupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.



Thursday 21 March 2013

Pendekatan Kurikulum

(i) Behavioural Learning(Pembelajaran Tingkah laku)

-Tingkah laku atau behaviour merujuk kepada"aksi" atai reaksi manusia atau haiwan dalam bentuk gerakbalas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.


-Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku.


-Dalam bentuk pendekatan behavioral,tingkah laku pelajar akan dinilai sebelum guru memulakan sesuatu pembelajaran.


-Pembelajaran memerlukan penyusunan(stimuli),rangsangan dalam persekitaran agar pelajar dapat memberikan respon mereka.


-Menekankan hubungan persekitaran dengan tingkah laku yang dapat dilihat dengan mata kasar sahaja.


-Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan lebih menekan latih tubi.


Tokoh-tokoh dalam Teori Behaviorisme


a)Ivan Pavlon(1849-1936)

  -mengemukakanTeori Pelaziman Klasik.

b)Edward Thorndike(1874-1949)
-mengemukakan Teori Pelaziman Instrumen.

c)B.F Skinner(1904-1990)
-mengemukakan Teori Pelaziman Operan.

  • Secara kesimpulannya,behavioral learning atau pembelajaran tingkah laku ini dikuasai dengan proses pengulangan.Selain itu,kecekapan sesuatu kemahiran juga bergantung kepada tahap dan masa berlatih.Tambahan pula,pengukuhan juda penting dalam pendekatan ini dalam mengalakkan perlakuan seseorang.Akhirnya,kepelbagaian stimulasi dalam tingkah laku akan mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
(ii) Cognitive Development Learning(Perkembangan Pembelajaran Kognitif)

-Menekankan pada proses mental dalaman.Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut.

-Otak akan memproses secara aktif untuk maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat tersebut kepada bentuk baru.

-Merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,pengetahuan dan keintelektualanserta kemampuan menjana pelbagai aktiviti penyelesaian masalah,memahami,menganalisa dan membentuk pengetahuan baru terhadap pengalaman yang dilalui.

-Melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan berfikir,berbahasa dan cara individu memperoleh pengetahuan.

Ciri-ciri penting kognitif

-Terdapat enam ciri-ciri penting menurut Kamarudin Haji Husin(1993)
  • Pembelajaran merupakan proses mental.
  • Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat.
  • Pembelajaran adalah satu keseluruhan.
  • Pembelajaran adalah proses cuba jaya.
  • Pembelajaran adalah satu penyiasatan.
  • Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.
(iii) Humanistic Learning(Pembelajaran Humanistik)
-Humanistik lebih melihat dari segi perkembangan keperibadian manusia daripada berfokus pada "ketidak normalan" iaitu bagaimana manusia membangunkan dirinya untuk melakukan hal-hal positif.

-Kemampuan positif mempunyai kaitan dengan pengembangan emosi yang terdapat dalam domain efektif.Misalnya kepercayaan,penerimaan,kesedaran,memahami perasaan orang lain,kejujuran interpersonal dan sebagainya.

-Guru juga perlu membuat pembelajaran untuk meningkatkan kemampuan dalam membuat,berimaginasi,mempunyai pengalaman dan berfantasi.

Tokoh-tokoh Teori Pembelajaran Humanistik

a)Abraham Maslow 
-mengemukakan Hierarchy of Needs(Hierarki Keperluan)
  • Keperluan Fisiologi atau Dasar
  • Keperluan Keselamatan
  • Keperluan Kasih Sayang
  • Keperluan Penghargaan Diri
  • Keperluan Kesempurnaan Kendiri
b)Carl Roger
-Menekankan aspek perlunya sikap saling menghargai dan tidak berprasangka buruk dalam membantu mengatasi masalah-masalah kehidupan.

c)Bloom dan Krathwohl
-Menunjukkan apa yang dipelajari oleh siswa.

  • Kognitif
  • Psikomotor
  • Afektif
d)Kolb
-Membahagikan tahap pembelajaran kepada empat tahap.
(i)   pengalaman konkrit
(ii)  pengalaman aktif dan reflektif
(iii) konsep tualisasi
(iv) eksperimentasi aktif









Wednesday 20 March 2013

Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Terdapat pelbagai cabang yang menjadi asas kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)dan Falsafah Pendidikan Guru(FPG).
  • Metafizik/Ontologi
  • Epistemologi
  • Aksiologi
  • Logik
Metafizik/Ontologi

-Metafizik berkaitan dengan sifat realiti.Ia didefinisikan sebagai yang jauh melampaui hal fizikal dan kebendaan dengan persoalan-persoalan jauh melampaui yang boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik.Ia bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab dan akibat.


-Ia berkaitan dengan mengajar hal berkenaan dengan fikiran tentang matlamat pendidikan,pemilihan kandungan dan matlamat pendididkan yang sesuai dan sikap terhadap sifat semula jadi pelajar.


-Metafizik mengemukakan soalan-soalan berikut:

a)Adakah suatu bahan ilmu sejagat untuk dipelajari?
b)Siapa yang harus menentukan hal yang perlu dipelajari?
c)Adakah pelajar umumnya baik dan amanah?

Epistemologi


-Cabang falsafah ini berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu.


-Jawapan-jawapan kepada persoalan epistemologi memberikan rasional untuk memilih bahan yang layak untuk diajarkan dan dipelajari lalu mencadangkan cara maklumat harus diajarkan.


-Dua persoalan asas epistemologi adalah:
a)Apakah yang membentuk ilmu?

b)Adakah ilmu tetap atau berubah?

-Satu lagi persoalan asas epistemologi tertumpu kepada apa yang boleh dihuraikan sebagai cara untuk mengetahui kesahan kaedah mengetahui.


-Pada asasnya,isunya adalah sama ada pengetahuan datang daripada wahyu,kuasa,intuiti,pancaindera, penaakulan atau eksperimen.


-Pendekatan guru semasa mengajarkan kandungan kepada pelajarnya memberitahu banyak tentang jawapannya kepada persoalan asas epistemologi.


-Contoh,sekiranya guru menegaskan bahawa pelajarnya menguasai fakta dan prinsip khusus yang telah ditemui oleh orang lain berdasarkan andaian bahawa terdapat apa yang dianggap sebagai pengetahuan sebenar.


-Sekiranya dia lebih berminat untuk mengajar proses penyelesaian masalah,hal ini membayangkan bahawa tidak terdapat kebenaran "mutlak" dan hal ini lebih bermakna bagi muda-mudi mempelajari beberapa kemahiran bagi membantu mereka mendapat jawapan berdasarkan situasi spesifik.


Aksiologi


-Cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai adalah seperti etika dan agama.


-Aksiologi ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "nilai".


-Menumpukan perhatian kepada apa yang seharusnya berlaku.


-Berkaitan dengan nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sahsiah.


-Topik moral,etika dan estetika terangkum dalam kategori falsafah ini.Beberapa persoalan yang berkaitan dengan aksiologi ialah:

a)Bagaimanakah seseorang itu hidup?
b)Apakah unsur kewujudan?
c)Adakah kehidupan mempunyai apa-apa makna?
d)Apa itu moral dan tidak bermoral?
e)Apa itu kecantikan?

-Satu lagi persoalan aksiologi yang penting adalah tentang sifat kelakuan yang 'betul'.

a)Bagaimaakah seseorang itu harus berkelakuan?
b)Apakah itu kelakuan bermoral?
c)Bagaimana individu mengetahui bila dia melakukan perkara yang betul?
d)Ada yang berhujah terdapat prinsip atau garis panduan sejagat yang boleh dipatuhi.

Logik


-Logik ialah sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan anatara pemikiran sah dan mengelirukan


-Membantu berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.


-Terdapat dua jenis logik iaitu:

a)logik deduktif
b)logik induktif

-
Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan kesimpulan ini dengan mengemukakan contoh dan butiran yang mengalir logik daripadanya.

-
Logik induktif pula bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus pada butiran lalu membuat kesimpulan umum yang menerangkannya.

Bagaimanakah cabang falsafah ini berkaitan dengan FPK?


1.Metafizik/Ontologi

  • Merupakan bahagian falsafah yang berkaitan dengan masalah hakikat manusia termasuklah pelajar.
  • Menjadi persoalan utama dalam bidang pendidikan.Hal ini kerana apabila pelajar mula menerokai alam sekelilingnya,ia terdorong untuk memahami tentang sesuatu perkara.
  • Oleh itu,guru perlu mengetahui tentang hakikat pelajar-pelajarnya.
2.Epistemologi
  • Menentukan apa yang benar mengenai kandungan yang bakal diajar kepada pelajar,kemudian menentukan bahan yang paling tepat untuk membawa pembelajaran tersebut kepada mereka.
  • Terdapat lima cara seseorang itu memperoleh ilmu pengetahuan iaitu berdasarkan autoriti,wahyu,penyelidikan,empirisme dan intuiti.
  • Guru perlu menentukan bagaimana cara pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan mengikuti pembelajarannya.
  • Epistemologi memberi sumbangan dalam menentukan kurikulum pembelajaran.
3.Aksiologi
  • Membahaskan tentang nilai sama ada nilai baik atau nilai buruk,indah atau tidak indah yang mempunyai kaitan dalam bidang pendidikan.
  • Nilai menentukan tingkah laku pendidikan.
  • Dalam konteks pendidikan,nilai merupakan hubungan sosial.
  • Menegaskan bahawa guru mempunyai sesuatu minat terhadap kuantiti pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar dan kualiti kehidupan melalui pengetahuan tersebut.
4.Logik
  • Menggariskan istilah,pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara.
  • Menggabungkan matlamat,dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti kesuluruhan yang tekal,jelas dan logik.


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Terdapat sebelas anjakan yang telah digariskan oleh kementerian.Antaranya ialah:

1.Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa.
2.Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
3.Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu dengan nilai murni.
4.Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.
5.Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah.
6.Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri,Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan.
7.Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia.
8.Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapisiti kementerian.
9.Bekerjasama dengan ibu bapa,masyarakat dan sektor swasta.
10.Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja.
11.Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.