Wednesday 24 April 2013

ARAS TAXONOMY

Taxonomy
-Benjamin Bloom ( 1956 ) telah menulis dalam bukunya Taxonomy of Education Objectives:Handbook I:Cognitive Domain bahawa terdapat 6 aras kognitif yang disusun daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi 
-Dalam Taksonomi Bloom,terdapat domain kognitif yang mempunyai 6 aras iaitu pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan analisis. 
-Taksonomi Bloom amat penting kepada sistem pembelajaran dan pengajaran kerana ia menerapkan pemahaman,pengetahuan,konsep,kaedah,aplikasi dan sebagainya.



Aras Pengetahuan
-Aras pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi.
Aras Pemahaman
-Objektif aras ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait dengan kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.
Aras Aplikasi
-Pada peringkat ini,pelajar perlu memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.
Aras Analisis
-Peringkat analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan.
Aras Sintesis
-Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku.
Aras Penilaian
-Dalam aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.


No comments:

Post a Comment