Rancangan Pengajaran
Harian
Pendidikan Seni Visual
Tahun:
4 Anggerik
Tarikh:
19 April 2013
Bilangan
Murid: 20 orang
Masa
Interaksi Kelas: 8.30-9.30 pagi
Bidang
Kegiatan: Membuat corak dan rekaan
Tajuk:
Kad Hari Ibu
Masa:
1 Jam
Objektif:
(i)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu melatih diri
supaya memahirkan diri dengan kegiatan membuat corak dan rekaan supaya lebih kemas dan menarik.
(ii)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu memahami dan
menghasilkan karya yang baik berdasarkan teknik geometri.
Penerapan
Nilai:Kesabaran,tekun,kebersihan,kekemasan dan kekreatifan.
Pengetahuan
Sedia Ada:
(i)Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis kad.
(ii)Kemahiran melukis,melipat dan menggunting.
(iii)Murid-murid mempunyai pengetahuan asas mengenai pembuatan
kad.
Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran:
(i)Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK)
(ii)Interpersonal dan Intrapersonal(TPK)
Kemahiran:
(i)Melukis
(ii)Menggunting
(iii)Melipat
Keperluan
Bahan: Kertas lukisan,kertas warna,gam,gunting dan pensel
Bantuan
Alat Mengajar: Papan putih,marker dan contoh hasil
kerja guru
Hasil
Pembelajaran:
(i)Murid dapat mengenali teknik gometrik bagi menghasilkan
kad.
(ii)Memahami cara-cara untuk membuat corak dan rekaan pada
kad dengan menggunakan teknik
geometri,lipatan dan guntingan.
(iii)Murid-murid mampu untuk menghasikan corak dan rekaan
kad dengan menggunakan teknik geometri.
Pelaksanaan
Langkah P&P
|
Hasil Pembelajaran
|
Strategi Pengajaran
|
Set
Induksi(5 min)
a)Guru
memulakan sesi pembelajaran dengan menyanyikan lagu Ibu Kaulah Ratu Hatiku.
b)Guru
menerangkan bentuk-bentuk geometri yang terdapat pada kad.
|
a)Murid dapat menyanyi mengikut nyanyian guru.
b)Murid
juga mampu dalam mengenalpasti bentuk-bentuk geometri.
|
-Muzik
-Melihat
secara aktif
|
Aktiviti
1 (10 min)
a)Guru
menerangkan mengenai aktiviti yang akan dilakukan oleh murid-murid iaitu membuat corak dan rekaan kad dengan menggunakan
teknik geometri serta menunjukkan hasil karya yang telah siap.
b)Guru
menerangkan alat dan bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti tersebut.
|
Langkah 1
a)Murid
dapat menerangkan mengenai aktiviti membuat corak dan rekaan kad dengan
menggunakan teknik geometri.
b)Murid
mampu untuk menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan.
|
-Interpersonal
-Menghubungkait
-Berbincang
dan menyoal
|
Aktiviti
2 (15min)
a)Guru
menunjukkan demonstrasi untuk menghasilkan kad dengan menggunakan teknik geometri.
b)
Murid-murid
diminta menghasilkan kad hari ibu berdasarkan corak dan rekaan tersendiri.
c)Guru
meminta murid untuk melipat dan menggunting kertas lukisan dan kertas warna
yang telah dilukis dengan pelbagai bentuk geometri.
d)
Guru meninjau proses menggunting kertas warna dan kertas lukisan oleh murid
dan memberikan penekanan terhadap aspek keselamatan.
|
Langkah 2
a)Murid
mampu untuk menceritakan langkah-langkah bagi menghasilkan kad dengan menggunakan
teknik geometri yang betul.
b)Murid
mampu menghasilkan karya yang lebih kemas.
|
-Kecerdasan
ruang
-Pemerhatian
yang aktif
|
Aktiviti
3 (15min)
a)Guru
membimbing murid-murid di dalam proses menyiapkan kad hari ibu dengan
menggunakan teknik geometri.
b)Murid-murid
menampal kertas warna yang mempunyai bentuk geometri di atas kad.
c)Guru
meminta murid untuk memperkemas kad supaya kelihatan kemas dan menarik.
d)Guru
memberikan markah berdasarkan kad hari ibu yang telah dihasilkan oleh
murid-murid.
|
Langkah 3
a)Murid
telah mampu untuk menghasilkan kad hari ibu dengan menggunakan teknik geometri.
b)Murid
dapat menjalankan aktiviti dengan lancar di bawah penyeliaan guru.
|
-Mendengar
secara aktif
-Pemerhatian
secara aktif
-Interpersonal
-Intrapersonal
|
Sesi
apresiasi dan refleksi(10min)
a)Murid-murid
diminta untuk mempamerkan hasil karya masing-masing.
b)Sesi
apresiasi dan refleksi hasil karya murid yang dihasilkan:
-Baik
-Sederhana
-Kurang
mencapai tahap
|
a)Murid-murid
berasa gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja masing-masing.
b)Murid-murid
mampu untuk menilai tahap keupayaan diri dan rakan-rakan.
c)Murid-murid
diberi peluang memberikan pendapat mengenai hasil kerja masing-masing.
|
TKP:
-Interpersonal
-Intrapersonal
|
Penutup(5min)
a)Guru
melaksanakan sesi penutup dengan memberi penerapan nilai-nilai murni ke dalam
diri murid-murid.
b)Guru
memberikan motivasi kepada murid-murid untuk menjadikan karya yang dihasilkan
sebagai batu loncatan untuk masa depan kelak.
|
a)Murid-murid
mendapat pengajaran mengenai nilai-nilai murni yang perlu diterapkan di dalam
kehidupan.
b)Guru
menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.
|
Sosialis
|
No comments:
Post a Comment