Tuesday 23 April 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SENI VISUAL TAHUN 4


                Rancangan Pengajaran Harian  
                      Pendidikan Seni Visual
                                                     
Tahun: 4 Anggerik
Tarikh: 19 April 2013
Bilangan Murid: 20 orang
Masa Interaksi Kelas: 8.30-9.30 pagi
Bidang Kegiatan: Membuat corak dan rekaan
Tajuk: Kad Hari Ibu
Masa: 1 Jam
Objektif:
(i)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu melatih diri supaya memahirkan diri dengan kegiatan membuat corak dan rekaan  supaya lebih kemas dan menarik.
(ii)Di akhir pembelajaran,murid-murid mampu memahami dan menghasilkan karya yang baik berdasarkan teknik geometri.
Penerapan Nilai:Kesabaran,tekun,kebersihan,kekemasan dan kekreatifan.
Pengetahuan Sedia Ada:
(i)Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis kad.
(ii)Kemahiran melukis,melipat dan menggunting.
(iii)Murid-murid mempunyai pengetahuan asas mengenai pembuatan kad.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
(i)Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK)
(ii)Interpersonal dan Intrapersonal(TPK)
Kemahiran:
(i)Melukis
(ii)Menggunting
(iii)Melipat
Keperluan Bahan: Kertas lukisan,kertas warna,gam,gunting dan pensel 
                                
Bantuan Alat Mengajar: Papan putih,marker dan contoh hasil kerja guru
Hasil Pembelajaran:
(i)Murid dapat mengenali teknik gometrik bagi menghasilkan kad.
(ii)Memahami cara-cara untuk membuat corak dan rekaan pada kad  dengan menggunakan teknik geometri,lipatan dan guntingan.
(iii)Murid-murid mampu untuk menghasikan corak dan rekaan kad dengan menggunakan teknik geometri.
Pelaksanaan
Langkah P&P
Hasil Pembelajaran
Strategi Pengajaran
Set Induksi(5 min)
a)Guru memulakan sesi pembelajaran dengan menyanyikan lagu Ibu Kaulah Ratu Hatiku.

b)Guru menerangkan bentuk-bentuk geometri yang terdapat pada kad.



a)Murid  dapat menyanyi mengikut nyanyian guru.

b)Murid juga mampu dalam mengenalpasti bentuk-bentuk geometri.




-Muzik

-Melihat secara aktif


Aktiviti 1 (10 min)
a)Guru menerangkan mengenai aktiviti yang akan dilakukan oleh murid-murid  iaitu membuat corak dan rekaan kad dengan menggunakan teknik geometri serta menunjukkan hasil karya yang telah siap.

b)Guru menerangkan alat dan bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti tersebut.
Langkah 1
a)Murid dapat menerangkan mengenai aktiviti membuat corak dan rekaan kad dengan menggunakan teknik geometri.

b)Murid mampu untuk menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan.

-Interpersonal

-Menghubungkait

-Berbincang dan menyoal

Aktiviti 2 (15min)
a)Guru menunjukkan demonstrasi untuk menghasilkan kad  dengan menggunakan teknik geometri.

b) Murid-murid diminta menghasilkan kad hari ibu berdasarkan corak dan rekaan tersendiri.

c)Guru meminta murid untuk melipat dan menggunting kertas lukisan dan kertas warna yang telah dilukis dengan pelbagai bentuk geometri.

d) Guru meninjau proses menggunting kertas warna dan kertas lukisan oleh murid dan memberikan penekanan terhadap aspek keselamatan.
Langkah 2
a)Murid mampu untuk menceritakan langkah-langkah bagi menghasilkan kad dengan menggunakan teknik geometri yang betul.

b)Murid mampu menghasilkan karya yang lebih kemas.

-Kecerdasan ruang

-Pemerhatian yang aktif


Aktiviti 3 (15min)
a)Guru membimbing murid-murid di dalam proses menyiapkan kad hari ibu dengan menggunakan teknik geometri.

b)Murid-murid menampal kertas warna yang mempunyai bentuk geometri di atas kad.

c)Guru meminta murid untuk memperkemas kad supaya kelihatan kemas dan menarik.

d)Guru memberikan markah berdasarkan kad hari ibu yang telah dihasilkan oleh murid-murid.
Langkah 3
a)Murid telah mampu untuk menghasilkan kad hari ibu dengan menggunakan  teknik geometri.

b)Murid dapat menjalankan aktiviti dengan lancar di bawah penyeliaan guru.

-Mendengar secara aktif

-Pemerhatian secara aktif

-Interpersonal

-Intrapersonal


Sesi apresiasi dan refleksi(10min)
a)Murid-murid diminta untuk mempamerkan hasil karya masing-masing.

b)Sesi apresiasi dan refleksi hasil karya murid yang dihasilkan:
-Baik
-Sederhana
-Kurang mencapai tahap

a)Murid-murid berasa gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja masing-masing.


b)Murid-murid mampu untuk menilai tahap keupayaan diri dan rakan-rakan.

c)Murid-murid diberi peluang memberikan pendapat mengenai hasil kerja masing-masing.
TKP:
-Interpersonal
-Intrapersonal
Penutup(5min)
a)Guru melaksanakan sesi penutup dengan memberi penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri murid-murid.

b)Guru memberikan motivasi kepada murid-murid untuk menjadikan karya yang dihasilkan sebagai batu loncatan untuk masa depan kelak.

a)Murid-murid mendapat pengajaran mengenai nilai-nilai murni yang perlu diterapkan di dalam kehidupan.

b)Guru menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

Sosialis



No comments:

Post a Comment