Wednesday 20 March 2013

Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Terdapat pelbagai cabang yang menjadi asas kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)dan Falsafah Pendidikan Guru(FPG).
  • Metafizik/Ontologi
  • Epistemologi
  • Aksiologi
  • Logik
Metafizik/Ontologi

-Metafizik berkaitan dengan sifat realiti.Ia didefinisikan sebagai yang jauh melampaui hal fizikal dan kebendaan dengan persoalan-persoalan jauh melampaui yang boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik.Ia bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab dan akibat.


-Ia berkaitan dengan mengajar hal berkenaan dengan fikiran tentang matlamat pendidikan,pemilihan kandungan dan matlamat pendididkan yang sesuai dan sikap terhadap sifat semula jadi pelajar.


-Metafizik mengemukakan soalan-soalan berikut:

a)Adakah suatu bahan ilmu sejagat untuk dipelajari?
b)Siapa yang harus menentukan hal yang perlu dipelajari?
c)Adakah pelajar umumnya baik dan amanah?

Epistemologi


-Cabang falsafah ini berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu.


-Jawapan-jawapan kepada persoalan epistemologi memberikan rasional untuk memilih bahan yang layak untuk diajarkan dan dipelajari lalu mencadangkan cara maklumat harus diajarkan.


-Dua persoalan asas epistemologi adalah:
a)Apakah yang membentuk ilmu?

b)Adakah ilmu tetap atau berubah?

-Satu lagi persoalan asas epistemologi tertumpu kepada apa yang boleh dihuraikan sebagai cara untuk mengetahui kesahan kaedah mengetahui.


-Pada asasnya,isunya adalah sama ada pengetahuan datang daripada wahyu,kuasa,intuiti,pancaindera, penaakulan atau eksperimen.


-Pendekatan guru semasa mengajarkan kandungan kepada pelajarnya memberitahu banyak tentang jawapannya kepada persoalan asas epistemologi.


-Contoh,sekiranya guru menegaskan bahawa pelajarnya menguasai fakta dan prinsip khusus yang telah ditemui oleh orang lain berdasarkan andaian bahawa terdapat apa yang dianggap sebagai pengetahuan sebenar.


-Sekiranya dia lebih berminat untuk mengajar proses penyelesaian masalah,hal ini membayangkan bahawa tidak terdapat kebenaran "mutlak" dan hal ini lebih bermakna bagi muda-mudi mempelajari beberapa kemahiran bagi membantu mereka mendapat jawapan berdasarkan situasi spesifik.


Aksiologi


-Cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai adalah seperti etika dan agama.


-Aksiologi ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "nilai".


-Menumpukan perhatian kepada apa yang seharusnya berlaku.


-Berkaitan dengan nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sahsiah.


-Topik moral,etika dan estetika terangkum dalam kategori falsafah ini.Beberapa persoalan yang berkaitan dengan aksiologi ialah:

a)Bagaimanakah seseorang itu hidup?
b)Apakah unsur kewujudan?
c)Adakah kehidupan mempunyai apa-apa makna?
d)Apa itu moral dan tidak bermoral?
e)Apa itu kecantikan?

-Satu lagi persoalan aksiologi yang penting adalah tentang sifat kelakuan yang 'betul'.

a)Bagaimaakah seseorang itu harus berkelakuan?
b)Apakah itu kelakuan bermoral?
c)Bagaimana individu mengetahui bila dia melakukan perkara yang betul?
d)Ada yang berhujah terdapat prinsip atau garis panduan sejagat yang boleh dipatuhi.

Logik


-Logik ialah sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan anatara pemikiran sah dan mengelirukan


-Membantu berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.


-Terdapat dua jenis logik iaitu:

a)logik deduktif
b)logik induktif

-
Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan kesimpulan ini dengan mengemukakan contoh dan butiran yang mengalir logik daripadanya.

-
Logik induktif pula bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus pada butiran lalu membuat kesimpulan umum yang menerangkannya.

Bagaimanakah cabang falsafah ini berkaitan dengan FPK?


1.Metafizik/Ontologi

  • Merupakan bahagian falsafah yang berkaitan dengan masalah hakikat manusia termasuklah pelajar.
  • Menjadi persoalan utama dalam bidang pendidikan.Hal ini kerana apabila pelajar mula menerokai alam sekelilingnya,ia terdorong untuk memahami tentang sesuatu perkara.
  • Oleh itu,guru perlu mengetahui tentang hakikat pelajar-pelajarnya.
2.Epistemologi
  • Menentukan apa yang benar mengenai kandungan yang bakal diajar kepada pelajar,kemudian menentukan bahan yang paling tepat untuk membawa pembelajaran tersebut kepada mereka.
  • Terdapat lima cara seseorang itu memperoleh ilmu pengetahuan iaitu berdasarkan autoriti,wahyu,penyelidikan,empirisme dan intuiti.
  • Guru perlu menentukan bagaimana cara pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan mengikuti pembelajarannya.
  • Epistemologi memberi sumbangan dalam menentukan kurikulum pembelajaran.
3.Aksiologi
  • Membahaskan tentang nilai sama ada nilai baik atau nilai buruk,indah atau tidak indah yang mempunyai kaitan dalam bidang pendidikan.
  • Nilai menentukan tingkah laku pendidikan.
  • Dalam konteks pendidikan,nilai merupakan hubungan sosial.
  • Menegaskan bahawa guru mempunyai sesuatu minat terhadap kuantiti pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar dan kualiti kehidupan melalui pengetahuan tersebut.
4.Logik
  • Menggariskan istilah,pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara.
  • Menggabungkan matlamat,dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti kesuluruhan yang tekal,jelas dan logik.


1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian. mohon izin untuk dijadikan amal jariah.

    ReplyDelete