Minggu ke-enam,Dr.Zuraidah telah menghuraikan secara terperinci berkaitan dengan pendekatan kurikulum dalam pendidikan.Secara ringkasnya,behavioral learning adalah merujuk kepada kaedah pembelajaran yang memerlukan pemerhatian dan melakukannya.Kaedah ini perlu disertai dengan peneguran agar pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan maklumat dengan baik dan cognitive development learning pula adalah berkaitan dengan proses pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah,menganalisis,memahami dan membentuk pengetahuan manakala humanistic learning pula lebih menekankan kepada aspek-aspek kemanusiaan degan menerapkan nilai-nilai positif.Selain itu,Dr.Zuraidah juga turut menjelaskan objektif kurikulum seni visual.Antara objektifnya ialah:
- Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
- Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,kritis,kreatif dan menyeronokkan.
- Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera.
- Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
- Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
- Membiasakan dirimembuat rekaan seni dengan teratut,cermat dan selamat.
- Memupuk nilai-nilai kerjasama,yakin diri,didiplin dan bertanggungjawab.
- Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya.
- Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
- Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenganggan yang berfaedah.
Bidang dalam Pendidikan Seni Visual
- Kandungan sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam 4 bidang kegiatan iaitu:
- mengambar
- membuat corak dan rekaan
- membentuk dan membuat binaan
- mengenal kraf tradisional
Saya juga telah didedahkan dengan Model Kurikulum Pengajaran Tyler dan Model Pengajaran Bloom.
No comments:
Post a Comment