Thursday 28 March 2013

Pendidikan Seni Visual dapat Melahirkan Pelajar-pelajar yang Holistik dari segi JERIS

Pendidikan Seni Visual ternyata mampu dalam melahirkan pelajar-pelajar yang holistik dari aspek JERIS(jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial).Hal ini disebabkan oleh aktiviti seni dalam pendidikan yang dilakukan oleh guru-guru dikaitkan dengan keupayaan fizikal dan mental pelajar-pelajar untuk melakukan proses kognatif seperti melukis,menjana idea dan sebagainya.Ini memerlukan pelajar-pelajar kreatif dan berfikir secara kritis dalam memikirkan idea untuk menghasilkan sesuatu.Kebiasaannya ini akan merangsang minda pelajar-pelajar untuk berfikir menggunakan otak kanan ataupun kiri.Oleh tu,rangsangan sebegini seringkali dikaitkan dengan aspek intelek.Selain itu,Pendidikan Seni Visual juga turut mencetuskan perasaan dalam diri pelajar.Hal ini menunjukkan bahawa mereke berkemampuan dalam mengekspresikan idea mereka dan mempamerkan sesuatu emosi..Sebagai misalnya,lukisan keluarga.Ini membuktikan bahawa mereka gembira dan seronok hidup bersama-sama keluarga tercinta yang terdiri daripada ibu,ayah,adik-beradik termasuklah dirinya.Tambahan pula,guru-guru turut mementingkan aspek jasmani pelajar-pelajar.Ini bertujuan untuk melahirkan tubuh badan yang sihat sekaligus membantu mereka untuk berfikir secara kreatif.Guru-guru dalam pendidikan seni juga turut menerapkan aspek kerohanian dalam diri pelajar-pelajar.Hal ini merupakan salah satu daripada motif pembelajaran iaitu menghargai ciptaan Tuhan.Oleh itu,hasil seni yang dilakukan haruslah bersifat mesra alam.Secara tidak langsung,pelajar-pelajar akan berasa bersyukur dengan ciptaan Tuhan di muka bumi ini.Salah satu aspek JERIS ialah sosial.Hal ini bermakna,melalui pendidikan seni ini juga,pelajar-pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain.Ini akan mengelakkan mereka dalam hidup dalam dunia mereka sahaja tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.Impaknya hal sebigi akan mewujudkan hubungan sosial antara pelajar dan guru serta membentuk sistem pembelajaran yang aman dan harmoni.Secara tuntasnya,pendidikan seni visual amat penting kerana membantu pelajar memahami diri sendiri,pelajar akan menikmati nikmat keseronokan dalam pembelajaran,membantu perkembangan insaniah secara holistik dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment